Muat turun lagu-lagu Bruno Mars dan berpeluang memenangi Ipod shuffle 2gb dan cd bernilai RM500
Terma & Syarat
Peraduan "Bruno Mars Bersama GUAMUZIK" ini (selepas ini dirujuk sebagai "Peraduan") akan berlangsung dari 12.01 pagi pada 1 April 2011 sehingga 11.59 malam 15 April 2011 atau bagi suatu tempoh yang ditetapkan oleh GUAMUZIK (selepas ini dirujuk sebagai "Tempoh Peraduan").
Kelayakan Penyertaan:
Peraduan ini adalah terbuka kepada semua penduduk Malaysia yang mempunyai akses kepada atau merupakan pelanggan Pra-bayar dan Pasca-bayar Maxis, DiGi dan Celcom (selepas ini dirujuk sebagai "Operator Telekomunikasi Yang Mengambil Bahagian") sahaja kecuali semua kakitangan, dan ahli keluarga terdekat mereka, Media Prima Berhad, Sistem Televisyen Malaysia Bhd, Metropolitan TV Sdn Bhd, Ch-9 Media Sdn Bhd, Natseven TV Sdn Bhd, dan semua rakan sekutu teknologi dan maklumat kandungan, agensi jualan dan promosi yang dilantik berhubungan dengan Peraduan ini.
GUAMUZIK mempunyai sepenuh hak untuk menolak mana-mana penyertaan mengikut budibicara tunggal dan mutlaknya tanpa memberikan apa-apa alasan atau sebab.
"Peserta" hendaklah bermaksud seorang individu yang telah mendaftar dan menyertai Peraduan ini mengikut semua terma dan syarat yang dinyatakan di sini.
Dengan penyertaan mereka, para Peserta mengesahkan bahawa mereka telah mendapatkan kebenaran terdahulu ibubapa atau penjaga masing-masing (sekiranya Peserta di bawah umur 18 tahun)
Perlulah ditekan di sini bahawa sekiranya Peserta dipilih di antara 20 pemenang teratas Peraduan, beliau mestilah membeli satu nada dering pemanggil (CRT) atau Truetone daripada Guamuzik dalam Tempoh Peraduan.
Mekanisme Peraduan:
Untuk menyertai Peraduan ini, para Peserta adalah dikehendaki untuk memenuhi kriteria dibawah:
Langkah 1: Beli satu nada dering pemanggil (CRT) atau Truetone Bruno Mars daripada GUAMUZIK dari 1 April2011 sehingga 15 April 2011.
Langkah 2: Sms WGM ke 33399 bagi pendaftaran peraduan dan seterusnya lengkapkan slogan yang diberi.
Setiap pembelian nada dering pemanggil (CRT) atau Truetone melayakkan Peserta untuk menghantar satu penyertaan Peraduan sahaja.
Para Peserta dibenarkan untuk menghantar lebih dari satu penyertaan.
Para Peserta dikehendaki untuk taip dan hantar SMS katakunci "WGM" daripada telefon bimbit mereka kepada premium short code 33399.
(RM0.50) akan dikenakan bagi setiap SMS yang diterima oleh Peserta dan apa-apa SMS yang dihantar oleh Peserta tersebut adalah tertakluk kepada kadar biasa SMS yang dikenakan oleh Pemberi Perkhidmatan Telekomunikasi yang dilanggani oleh Peserta.
Hadiah Peraduan:
Tertakluk pada terma & syarat disini, dua puluh (20) slogan yang paling baik yang dihantar dalam Tempoh Peraduan akan dipilih sebagai Pemenang.
Hadiah adalah tertakluk kepada stok tersedia dan akan ditukar atau dikurangkan nilainya dari masa ke semasa mengikut budibicara GUAMUZIK tanpa notis terdahulu kepada Peserta.
Hadiah Peraduan yang ditawarkan kepada para Pemenang Peraduan ini tidak boleh dipindahmilik atau ditukar dengan wang tunai atau di serahhak kepada mana-mana pihak ketiga.
Semua terma dan syarat yang mentadbir komponen-komponen Hadiah adalah terpakai di sini. Para Pemenang Hadiah adalah tertakluk kepada terma dan syarat berasingan yang ditetapkan oleh penganjur/penaja Hadiah tersebut
Setiap Peserta hanya berpeluang memenangi satu Hadiah Peraduan sahaja dalam Tempoh Peraduan.
Semua perbelanjaan lain (termasuk pengangkutan dan elaun makan) dan semua perbelanjaan sampingan berkaitan yang lain, kecuali dinyatakan secara spesifik di sini, adalah di bawah tanggungan sendiri Pemenang.
Sekiranya Pemenang adalah di bawah umur 18 tahun, Pemenang tersebut mestilah ditemani oleh sama ada ibu/bapa atau penjaga sahnya (yang berumur 21 tahun ke atas). GUAMUZIK tidak akan menanggung apa-apa kos tambahan bagi memboleh Pemenang memenuhi syarat ini. Sekiranya Pemenang gagal untuk ditemani oleh ibu/bapa atau penjaganya yang sah (yang berumur 21 tahun ke atas), GUAMUZIK berhak untuk merampas Hadiah tersebut.
Pemenang hendaklah mematuhi semua keperluan perjalanan yang dimaklumkan kepada Pemenang, sekiranya ada.
Sekiranya seseorang Pemenang didapati tidak layak pada bila-bila masa semasa atau selepas Tempoh Peraduan, GUAMUZIK mempunyai hak untuk menghilangkan kelayakan Pemenang tersebut dan membatal/menarik balik/memanggil semula Hadiah daripada diberikan kepada Pemenang yang tidak layak tersebut. Sekiranya Pemenang telah menggunakan Hadiah tersebut, Pemenang yang tidak layak tersebut bersetuju dan berakujanji untuk menanggung rugi GUAMUZIK bagi semua kos Hadiah tersebut, dan sekiranya beliau gagal, GUAMUZIK mempunyai hak untuk memulakan apa-apa tindakan yang difikirkan perlu ke atas Pemenang yang tidak layak tersebut.
Sekiranya Hadiah Peraduan tidak dapat disediakan, GUAMUZIK mempunyai hak untuk menggantikan hadiah-hadiah tersebut dengan yang lain yang sama nilainya. Dalam apa-apa keadaan pun, GUAMUZIK mempunyai hak untuk menukar Hadiah Peraduan yang ditawarkan pada bila-bila masa di sepanjang Tempoh Peraduan sekiranya perlu.
Peserta bersetuju bahawa beliau tidak akan membuat apa-apa pengumuman kepada awam berhubungan tentang Peraduan tersebut (termasuklah hadiah yang dimenanginya) tanpa kebenaran terdahulu secara bertulis daripada GUAMUZIK.
GUAMUZIK/Alt Media tidak bertanggungan untuk pelaksanaan apa-apa jaminan dan/atau pembaikan dan/atau prestasi produk-produk yang diberikan sebagai hadiah dan tidak memberikan apa-aoa jaminan atau waranti sekali pun kerana hadiah-hadiah tersebut adalah pemberian para penaja Peraduan. Apa-apa cukai kepada agensi pengutipan cukai atau apa-apa pembayaran lain kepada pihak berkuasa yang berkenaan berikutan penerimaan apa-apa hadiah hendaklah menjadi tanggungjawab sendiri Pemenang Peraduan tersebut.
Pengumuman & Pemilihan Pemenang Peraduan:
Pemilihan para pemenang (selepas ini dirujuk sebagai "Pemenang") adalah mengikut budi bicara GUAMUZIK yang bergantung kepada mekanisme setiap peraduan tersebut.
Pemenang akan dihubungi (via telefon) selepas Tempoh Peraduan atau pada tarikh lain yang ditetapkan oleh GUAMUZIK.
Para Peserta adalah digalakkan untuk memastikan telefon bimbit mereka aktif semasa tempoh pengumuman ini. Sekiranya GUAMUZIK tidak dapat menghubungi Pemenang selepas tiga (3) panggilan suara setiap pemenang dalam tempoh masa satu (1) hari, maka, Pemenang tersebut akan kehilangan kelayakannya secara automatik.
Sekiranya, GUAMUZIK tidak mendengar mana-mana nada dering pemanggil (CRT) Hujan selepas tiga (3) percubaan panggilan suara setiap Pemenang, maka Pemenang tersebut akan kehilangan kelayakannya secara automatik.
Sekiranya, GUAMUZIK tidak dapat menghubungi para Pemenang selepas tiga (3) panggilan suara setiap pemenang, atau Pemenang tidak dapat dihubungi sebagaimanapun (tanpa kesalahan dari pihak GUAMUZIK) atau Pemenang telah memenangi pertandingan yang lain dalam tempoh tigapuluh (30) hari, GUAMUZIK mempunyai hak untuk membatalkan kemenangan Pemenang dan merampas Hadiah dan Pemenang yang tidak dapat dihubungi tersebut tidak akan mempunyai apa-apa tuntutan ke atas GUAMUZIK berhubungan dengan pembatalan dan rampasan tersebut.
GUAMUZIK mestilah dapat menghubungi Pemenang pada bila-bila masa sehingga Hadiah diberikan kepada Pemenang. Sekiranya GUAMUZIK tidak dapat menghubungi Pemenang bagi membuat urusan berkaitan dengan Hadiah sehingga mencetuskan kesusahan kepada atau menyebabkan GUAMUZIK menanggung kos tambahan, GUAMUZIK, mengikut pilihannya, mempunyai hak untuk menghubungi Pemenang yang lain atau merampas Hadiah tersebut. Pemenang yang tidak dapat dihubungi tersebut tidak akan mempunyai apa-apa tuntutan terhadap GUAMUZIK berkaitan dengan pembatalan dan rampasan tersebut.
Semua keputusan hakim adalah muktamad dan apa-apa rayuan tidak akan dilayan. Selepas setiap Peraduan, semua Pemenang akan dikenakan pemeriksaan kredit oleh Operator Telekomunikasi Yang Mengambil Bahagian dan suatu audit untuk memastikan bahawa mereka dikenakan bayaran bagi setiap MT yang mereka telah pun terima sebelum memenangi peraduan tersebut. Sekiranya terdapat pertikaian, seseorang Pemenang adalah berisiko untuk hilang kelayakan dan seterusnya akan kehilangan kedudukan dan hadiah yang ditawarkan. Tiada surat-menyurat atau rayuan akan dilayan.
Semua Peserta hendaklah menunggu satu MT (SMS keluar dari pelayan permainan Peraduan) bagi setiap MO (SMS masuk ke pelayan) sebelum mula menghantar satu lagi MO, kecuali diarahkan sebaliknya oleh GUAMUZIK atau Peraduan itu sendiri. Ini merupakan teknik standard mana-mana peraduan SMS anjuran GUAMUZIK. Para Peserta yang didapati tidak mematuhi peraturan ini pada bila-bila masa adalah berisiko untuk hilang kelayakan bertanding, dihalang penyertaan atau kehilangan hadiah.
Mana-mana Peserta yang didapati menipu atau cuba untuk menipu adalah berisiko untuk hilang kelayakan bertanding, dihalang penyertaan atau kehilangan hadiah. Penipuan dalam konteks di sini ditakrifkan sebagai apa-apa usaha yang dibuat, secara sedar atau tidak sengaja, untuk keluar daripada standard dan teknik yang digunakan dalam apa-apa peraduan SMS anjuran GUAMUZIK. Tiada notis hilang kelayakan bertanding atau halangan penyertaan akan diberikan kepada sesiapa yang telah didapati menipu atau cuba untuk menipu.
Semua keputusan yang dibuat oleh GUAMUZIK/Alt Media adalah muktamad dan mengikat Peserta dan GUAMUZIK/Alt Media tidak akan melayan apa-apa permintaan atau rayuan atau semakan ke atas keputusan yang telah dibuat.
Nama Para Pemenang akan di paparkan pada laman web GUAMUZIK & Facebook GUAMUZIK.
Para Pemenang, sekiranya diperlukan, hendaklah menghadiri penyampaian hadiah dan/atau menyertai program-program publisiti berhubungan dengan Peraduan tersebut. GUAMUZIK mempunyai hak untuk menggunakan nama, alamat, fotograf, maklumat dan.atau dokumen semua Pemenang dalam iklan-iklan dan sebarang bentuk publisiti yang lain dari masa ke semasa. Peserta dengan ini memberi kebenaran kepada GUAMUZIK untuk menggunakan nombor telefon bimbit Peserta yang telah digunakan bagi pendaftaran Peraduan atau melalui apa-apa bentuk komunikasi lain yang dipilih oleh GUAMUZIK bagi tujuan pemberitahuan kepada Peserta sekiranya Peserta tersebut telah dipilih sebagai Pemenang.
Para Pemenang dikehendaki untuk menunjukkan Kad Pengenalan yang asal mereka dan Kad SIM yang telah digunakan bagi pendaftaran Peraduan sebagai bukti identiti mereka. Para Pemenang mestilah memastikan bahawa akaun mereka sama ada pelanggan Pra-bayar atau Pasca-bayar adalah "Aktif" untuk menuntut hadiah-hadiah mereka. "Aktif" bermaksud bahawa untuk akaun Pasca-bayar, tidak ada apa-apa tunggakan pada tarikh Pemenang ingin menuntut hadiah dan untuk akaun Pra-bayar, masih terdapat kredit masa bual dalam akaun tersebut.
GUAMUZIK/Alt Media mempunyai hak untuk menerbit atau menyiarkan nama dan fotograf semua Pemenang bagi tujuan pengiklanan dan publisiti.
GUAMUZIK/Alt Media mempunyai hak untuk meminda, menambah atau mengubahsuai semua terma dan syarat di sini dari masa ke semasa dan tanpa notis terdahulu.
Peraduan ini dianjur berdasarkan "as is where is available". GUAMUZIK/Alt Media tidak akan bertanggungan dan tidak akan bertanggungjawab sekiranya apa-apa pesanan SMS tidak dapat dikirim disebabkan oleh isu sambungan berikutan kedudukan di luar kawasan liputan, kesesakan trafik dan sebagainya. Bukti penghantaran pesanan SMS bukanlah bukti bahawa pesanan tersebut telah diterima. Hanya pesanan SMS yang telah diakui penerimaannya dianggap sah (perakuan akan dibuat oleh Operator Telekomunikasi Yang Mengambil Bahagian melalui satu SMS prompt atau balasan). Operator Telekomunikasi Yang Mengambil Bahagian, pemberi-pemberi maklumat kandungan, Alt Media Sdn Bhd, Media Prima Sdn Bhd, Sistem Televisyen Malaysia Berhad dan apa-apa rakan sekutu bagi Peraduan ini tidak bertanggungjawab dalam apa-apa keadaan sekali pun berikutan kelewatan atau gangguan dalam penyampaian maklumat atau kegagalan penyampaian di sini. GUAMUZIK/Alt Media dan Operator Telekomunikasi Yang Mengambil Bahagian hendaklah tidak bertanggungan dan dipertanggungjawabkan terhadap apa-apa penggunaan tanpa kebenaran telefon bimbit atau akaun pelanggan berhubungan dengan Peraduan ini.
Mana-mana umur di bawah 18 tahun hendaklah mendapatkan kebenaran Ibubapa atau Penjaga sebelum menyertai Peraduan ini.
Tiada satu pun daripada pihak-pihak yang dinyatakan sebelum ini akan bertanggungjawab terhadap apa-apa tuntutan pihak ketiga atau kerugian dalam apa-apa keadaan, termasuklah tetapi tidak terhad kepada, kerugian keuntungan, ganti-rugi punitif, tidak langsung, khas, tanpa sengaja atau berbangkit atau apa-apa ganti-rugi lain. Tiada satu pun daripada pihak-pihak yang dinyatakan sebelum ini akan bertanggungan atau dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kegagalan sistem, pelayan atau sambungan, gangguan dan kelewatan atau virus komputer, dan apa-apa tuntutan berkaitan dalam apa jua bentuk dan keadaan termasuklah secara langsung, tidak langsung, pihak ketiga, berbangkit atau apa-apa ganti-rugi lain.
Dengan menyertai Peraduan ini, melalui pendaftaran No. K/P dan nama, Peserta adalah dianggap telah membaca dan bersetuju kepada semua terma dan syarat di sini dan semua keputusan yang dibuat oleh GUAMUZIK/Alt Media.